BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

Selasa, 24 Mei 2011

Latihan Meningkatkan Stamina

Untuk mendapatkan stamina yang tinggi, latihan menguatkan stamina perlu diamalkan. Latihan berjogging adalah salah satu latihan asas untuk menguatkan stamina. Jogging boleh diamalkan setiap petang dimana saja kawasan yang sesuai, samada di padang, taman rekreasi atau di atas balapan, bahkan di dalam rumah menggunakan threadmill.

Jika berjogging di padang atau balapan, jumlah pusingan padang atau balapan tersebut boleh dijadikan kayu ukur peningkatan stamina seseorang. Semakin banyak pusingan yang berjaya dihabiskan, semakin meningkat stamina seseorang. Jika di atas threadmill, lamanya masa yang dihabiskan juga boleh dijadikan ukuran. Jika pada minggu pertama seseorang berjaya menghabiskan 5 pusingan padang bola sepak atau balapan, untuk meningkatkan lagi stamina asas, pada minggu kedua, sebanyak 8 atau 10 pusingan hendaklah dijadikan matlamat. Ini adalah untuk melatih otot jantung dan fungsi paru-paru agar lebih cepat mengepam darah beroksigen ke seluruh anggota badan dan mengepam keluar karbon dioksida dari paru-paru.

Untuk peringkat seterusnya, larian jogging perlu ditentukan masanya. Jika pada minggu kedua, matlamat 10 pusingan telah dicapai, cuba catatkan masanya. Oleh itu pada minggu ketiga, matlamat yang harus dicapai adalah memendekkan larian 10 pusingan. Semakin singkat masa yang diambil untuk menghabiskan 10 pusingan padang, semakin tinggi stamina asas seseorang. Ini kerana otot jantung dan fungsi paru-paru akan dipertingkatkan lagi bagi membolehkan jantung mengepam dengan lebih cepat untuk jangka masa yang panjang.

Amalkan latihan ini, pada hujung minggu ketiga, seseorang akan dapat merasakan perbezaannya.

Peringkat seterusnya adalah untuk meningkatkan ketahanan stamina bagi melakukan gerakan-gerakan pantas secara kilat seperti yang diperlukan di dalam permainan futsal. Latihan larian pecut secara berulang alik untuk jarak 20 meter dan 50 meter boleh dilakukan oleh seseorang dengan catatan masa. Semakin singkat masa yang dicatatkan semakin tinggi ketahanan stamina seseorang untuk gerakan-gerakan pantas dan kilat.

Stamina juga perlu dikekalkan sepanjang masa. Oleh yang demikian latihan-latihan asas ini perlu dilakukan sepanjang masa. Latihan juga boleh ditambah seperti melalui aktiviti renang yang amat baik untuk jantung. Tapi awas, jangan terpesong fokus memerhati pemandangan indah di kolam renang yang juga boleh meningkatkan kadar degupan jantung tanpa perlu sebarang pergerakan tubuh badan kecuali mata.

SUMBER

Sabtu, 14 Mei 2011

Makna Kegigihan Dalam Mencari Ilmu

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang berkisah mengenai anak-anak desa di China yang berjuang dalam mencari ilmu.


Anak-anak di sebuah desa di China yang bersemangat untuk belajar di sela-sela kegiatan mereka mencari nafkah



Kerasnya hidup tidak menghalangi kegigihan mereka untuk harus tetap menuntut ilmu








Potret kehidupan masyarakat kelas bawah yang tetap gigih menuntut ilmu



Waktu luang diisi dengan belajar 




Kalau saja mereka yang dalam himpitan ekonomi seperti ini tetap bersemangat untuk belajar,bagaimana kita yang serba kecukupan?



semangat mereka untuk menuntut ilmu di tengah sulitnya mencari nafkah



Akhirnya dengan kegigihan anak ini pun memperoleh sijil kelulusan


Banyak, terlalu banyak ORANG-ORANG KUAT di luar sana yang sedang berjuang dalam hidupnya dan tetap GIGIH dalam mencari ILMU.

Anak-anak di GAZA,berjuang di tengah suasana PERANG belajar,menghafal al-qur'an dan mereka TIDAK MENYERAH TERHADAP KEADAAN.


Bagaimana kita di sini?
Semestinya sudah harus tahu seperti apa cara syukur itu diaplikasikan.. 

Keadaan mereka bukan untuk ditangisi tapi hendaklah dijadikan salah satu motivasi untuk BERGERAK.


"maka nikmat tuhanmu manakah yang kamu dustakan?"

Alamak !!!

Seorang pengkaji sedang melakukan penelitian di sebuah kampung,
Seperti biasa dia melakukan wawancara dari rumah ke rumah untuk mendapatkan informasi tentang pengetahuan masyarakat terhadap kampungnya.
Setelah selesai mengunjungi sekitar 5 rumah, tibalah saatnya dia berkunjung ke salah satu rumah warga yang terletak betul-betul di tengah kampung.
Setelah memberi salam, dia pun dipersila oleh tuan rumah, seorang lelaki dengan perawakan tinggi besar dan berkulit hitam legam, untuk masuk dan duduk.. Setelah memperkenalkan diri, pengkaji pun mengajukan pertanyaan kepada pemilik rumah :
Pengkaji : “Pakcik, bolehkah pakcik menceritakan pengetahuan pakcik tentang kampung ini dalam 5 tahun terakhir ?”
Warga : “Kalau dalam 5 tahun terakhir saya tidak begitu tahu..!”
Pengkaji : “Bukankah pakcik adalah penduduk asli kampung ini ?”
Warga : “Ya benar saya warga asli, tapi saya baru saja keluar dari penjara setelah di tahan 8 tahun.”
Pengkaji : “Kenapa pakcik masuk penjara ? Kalau boleh saya tahu…”
Warga : “Saya dipenjara kerana membunuh….!!!!”
Pengkaji: “Kenapa pakcik sanggup membunuh orang…?”
Warga : “Kerana jengkel, ditanya-tanya seperti ini !!!!”
Pengkaji : “???”