BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

Jumaat, 15 Julai 2011

Keajaiban yang berlaku semasa demam yang kita tidak sedar. Subhanallah..

Jangalah engkau mencelanya (demam), kerana sesungguhnya ia membersihkan dosa sebagaimana api membersihkan kotoran dari besi." (HR. Muslim)

HHRS 2.0 - Telah terbukti bahawa ketika seseorang menderita demam dengan suhu panas yang sangat tinggi hingga sampai 41 darjah celcius, dan itu yang telah disifatkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai luapan (hembusan) dari neraka Jahannam, hal itu boleh menyebabkan penurunan keadaan tubuh, kemudian koma dan kadang-kadang boleh menyebabkan kematian.

Oleh kerana itu merupakan suatu keharusan untuk mengurangkan panas yang membara di dalam tubuh secepat mungkin, sehingga pusat tetapan panas di otak dan menjadi teratur kembali. Dan tidak ada cara lain untuk menurunkan panas tersebut selain dengan meredakan pesakit dengan air, atau air sejuk dan ais, yang mana ketika panas tubuh turun, kembalilah keadaan tubuh seperti keadaan semula setelah pusat tetapan panas di otak menjadi normal. Dan panas ini boleh dikurangkan dengan cara yang berbeza beza, baik dengan cara penguapan, penyinaran dan lain-lain.

Oleh sebab itu, dahulu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila merasakan demam (panas), beliau meminta untuk diambilkan bejana berisi air, lalu beliau siramkan ke kepala beliau dan beliau mandi dari air tersebut. Dan ketika demam memerlukan seseorang untuk menjaga diri dari mengambil makanan yang buruk, dan memerlukan dia mengambil makanan dan ubat yang bermanfaat. Dan hal ini membantu untuk membersihkan badan dari unsur-unsur yang jelek yang bekerja dalam tubuh, sebagaimana yang dilakukan terhadap besi ketika menghilangkan kotoran-kotorannya (dengan api) dan untuk memurnikan kandungan teras besinya.

Dan telah terbukti secara ilmiah bahawa ketika demam kadar zat interferon meningkat dengan peratusan yang besar. Sebagaimana terbukti pula bahawa zat yang dihasilkan oleh sel darah putih ini dapat mematikan virus yang menyerang tubuh dan menjadikan tubuh lebih mampu untuk membentuk antibodi yang melindungi tubuh (dari penyakit). 

Selain itu, telah terbukti bahawa zat interferon, yang keluar dalam jumlah yang berlimpah selama demam tidak hanya membersihkan tubuh daripada virus dan bakteria sahaja, akan tetapi ia meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan (meningkatkan) kemampuannya untuk membasmi sel-sel kanser sejak awal sebelum kemunculannya, yang pada akhirnya hal tersebut melindungi tubuh dari munculnya (tumbuhnya) sel-sel kanser yang boleh menyebabkan penyakit kanser.

Oleh sebab itu beberapa doktor berkata bahawa kita merasa senang dengan adanya demam pada kebanyakan penyakit, sebagaimana seorang pesakit merasa senang dengan kesembuhannya. Maka jadilah demam dalam penyakit tersebut lebih bermanfaat daripada minum ubat.

Dan dari sini kita mengetahui hikmah ketika Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam menolak untuk menghina demam dan bahkan selaiu memujinya dengan mensifatinya sebagai pembersih dosa sebagaimana api memurnikan besi dari kerak / kotorannya, sesuai dengan apa ang diisyaratkan oleh hadis yang menjadi pembahasan kita. (diterjemah darifiqhislam)

Ahad, 3 Julai 2011

Super Hero Kononnn.. Dah Tua Baru Ada Akaiii...

Nothing lasts forever, and even super-heroes get old.
A small photo exhibition on the topic.
Here and Catwoman and Captain America, Superman, and members of the fantastic Quartet.
super heroes 17 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 16 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 15 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 14 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 13 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 12 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 11 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 10 500x188 Super heroes in a nursing home
super heroes 09 500x362 Super heroes in a nursing home
super heroes 08 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 07 500x348 Super heroes in a nursing home
super heroes 06 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 05 500x375 Super heroes in a nursing home
super heroes 04 500x487 Super heroes in a nursing home
super heroes 02 500x325 Super heroes in a nursing home
super heroes 01 500x349 Super heroes in a nursing home