BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

  • Nak Kurus.. - *Aku ade kawan. Tinggi die..167cm. Kughang 4 takoh daghi aku. Beghat[berat] badan die idok la beghat beno cume 122 kilo je (?). Umor die beze dalam 8 taun...
    11 tahun yang lalu

Jumaat, 4 Mei 2012

iskkk...!

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian......

Gambar lebih penting....



Ahad, 8 April 2012

Perlukah Panaskan Enjin Kenderaan Anda ?

Ramai yang mungkin tidak tahu. Setiap pagi rata-rata orang di Malaysia mesti akan memanaskan enjin kereta. Sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit. Ada yang lagi power sampai 15 minit. Start enjin kereta dulu, lepas tuh masuk rumah balik besiap-siap, makan dan baru memulakan perjalanan.

Sebenarnya teknik memanaskan enjin iaitu membiarkan enjin dalam keadaan ‘idling’ adalah tidak berfaedah. Di sesetengah negara, memanaskan enjin ditegah sama sekali. Seperti contoh, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika telah mengadakan kempen bagi kes ini.
The Canadian Office of Energy Efficiency mengatakan bahawa memanaskan enjin adalah dengan memandunya bukan dengan membiarkannya.  Oleh itu, cara yang paling efisyen adalah lepas menghidupkan enjin terus memandu untuk memanaskan enjin.
Kesannya  ia menyebabkan pembakaran bahan api menjadi tidak sempurna. Pembakaran yang tidak lengkap memberikan kesan yang tidak baik kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu menhilangkan minyak pelincir pada  dinding silinder. Oleh itu, dinding silinder akan mengalami kehausan kerana minyak pelincir tiada di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga akan turun ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bercampur dengan minyak pelincir, sifat minyak pelincir  berubah dan  dan menjadi tidak efisyen.
Selain itu, palam pencucuh juga boleh mendapat masalah dengan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Apabila palam pencucuh tidak berada pada suhu sepatutnya ianya akan menjadi kotor. Kesan daripadanya adalah peningkatan penggunaan bahan api sebanyak 5%.
Kebiasaannya kenderaan akan mengeluarkan wap dari ekzos pada waktu pagi. Ia adalah wap air yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jika enjin dibiarkan dalam keadaan ‘idling’,  enjin akan mengambil masa yang lama untuk panas. Wap air juga berada lama di dalam sistem ekzos yang mana akan mempercepatkan proses pengkaratan paip ekzos.
Kenderaan sekarang kebiasaanya mempunyai Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan level toksik hasil pembakaran sebuah enjin. Tugas komponen ini adalah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengasingkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Dengan itu, pencemaran udara dapat dikurangkan.
Keburukan memanaskan enjin dengan membiarkan kenderaan dalam keadaan idling sudah kita tahu iaitu membazir bahan api sekaligus membazirkan wang ringgit dan mencemarkan alam sekitar. Sekarang kita lihat kebaikan memanaskan enjin pula. Ada yang mengatakan  bahawa memanaskan enjin juga berfaedah. Antaranya ketika enjin dibiarkan lama, minyak pelincir akan mendap ke bahagian bawah enjin. Oleh itu adalah perlu untuk mengambil  masa untuk memanaskannya agar minyak pelincir itu naik dan pergi ke setiap penjuru dalaman enjin.
19 Perlukah Panaskan Enjin Kenderaan Anda???
Pam Minyak Pelincir (Oil Pump)
Fakta di atas benar. Tetapi kita harus tahu bahawa setiap enjin mempunyai pam minyak pelincir (oil pump). Pam minyak pelincir dikuasakan oleh crankshaft yang berpusing. Semakin laju crankshaft berpusing semakin cepat pam minyak pelincir berpusing dan menyebarkan minyak pelincir ke setiap penjuru bahagian dalaman enjin. Adakah dengan membiarkan kereta idling dapat memberikan kelajuan terhadap pusingan crankshaft??? Sudah tentu tidak. Idling kenderaan biasanya 1000rpm. So, dalam keadaan kenderaan bergerak crankshaft dapat berpusing dengan lebih banyak. Oleh itu buat apa kita memanaskan enjin dalam keaadan idle. Tidakkah lagi bagus kita terus memulakan perjalanan. Minyak jimat. Masa kita pun tidak terbuang dengan menunggu.

Rabu, 4 April 2012

teknologi purba

Ternyata Zaman dulu lebih modern dari sekarang...



Penemuan baterai dari Baghdad, Iraq

Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu.

Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.

Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.





Kalkulator kuno.

Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.




Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.

Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.




Kanta optik

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan

Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot

Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan

Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu.
Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui.

Ahad, 25 Mac 2012

Boleh ke ??

Barangkali kita perlu juga berhati-hati dengan apa yang kita pakai..

Jumaat, 16 Mac 2012

"Saya Sanggup Jadi Tongkat Kepada Ibu Sepanjang Hidup Saya"



Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang hidup saya. Sebuah cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tampa mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat kita semua.


Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negera yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong satu orang lagi.

Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu, Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan ibunya yang baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di depan ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat tidur.

Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong kedua kaki ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya mengelilingi leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.

Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kemalangan lalu lintas yang benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana kemalangan ini ibundanya mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki yang disemarakkan pula dengan kehilangan ayahnya.

Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang rumah tangga. Kerana tidak ada pendapatan Yuanyuan menyara keluarga dengan menjadi pengutip sisa-sisa sampah. Dan duit hasil kerja kerasnya itu habis digunakan untuk menguruskan ibunya. 

Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati para tetangga, banyak tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada ibu dan anak perempuannya ini. Kerana sepanjang tahun hanya mampu berebah otot kaki untuk ibunya. Walaupun sering kejang dan sakitnya kadang-kadang sangat tak tertahankan.

Ada seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang doktor tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi akupuntur terhadap ibu Yuanyuan, malah doktor itu juga mengajarnya menggunakan teknik akupuntur sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah boleh menggunakan teknik akupuntur untuk meringankan rasa sakit ibunya.

Tiga tahun yang lalu, Yuanyuan berkahwin, setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan seorang puteri. Namun di mana pun dan bila-bila masa, Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, dia dan suaminya bersama-sama memikul tanggung jawab mengurus ibunya.

Walaupun rumah tangganya tidak kaya, mereka sangatlah puas. Ibunya berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia merasa dirinya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati kehangatan dan kebahagian dalam keluarga.

Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, kerana dia adalah seorang anak yang masih mempunyai seorang ibu. Saya rasa sangat bahagia "kerana itulah saya sanggup menjadi tongkat kepada ibu saya sepanjang hidup saya".

SUMBER