BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

  • Nak Kurus.. - *Aku ade kawan. Tinggi die..167cm. Kughang 4 takoh daghi aku. Beghat[berat] badan die idok la beghat beno cume 122 kilo je (?). Umor die beze dalam 8 taun...
    11 tahun yang lalu

Selasa, 14 Disember 2010

KEBODOHAN ITU PENYAKIT..

Bodoh adalah penyakit. Kebodohan pula sumber segala penyakit hati dan kejahatan. Ia sangat berbahaya dan lebih dahsyat daripada penyakit badan. Penyakit badan berakhir dengan kematian, tetapi penyakit hati menghantar pengidapnya kepada kesengsaraan yang kekal. Allah umpamakan orang bodoh yang tidak mahu belajar ilmu agama seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat dan hina menerusi ayat yang bermaksud : 

"Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka) ? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi." - Al-Furqan :44 

Imam Syafie menyebut orang bodoh sebahagian daripada haiwan kerana kerap mempamerkan kebodohannya dengan berlagak pandai seperti seekor seladang dalam kisah matador. Seladang menyangka kain merah itu musuhnya sehingga bertindak untuk menyerang. Ia tidak mengetahui musuhnya yang sebenar tetapi hanya berlagak handal dan kuat. Inilah salah satu perangai orang bodoh.

Tanda-tanda kebodohan :

  1. Putus asa dan kecewa dengan rahmat Allah.
  2. Memandang remeh pada dosa-dosa kecil.
  3. Panjang angan-angan dan suka kepada pujian
  4. Bodoh tetapi tidak menyedarinya
  5. Memandang rendah pada orang lain
  6. Bertindak melulu ketika marah
  7. Ujub, riak,sombong dan buruk sangka
  8. Cinta dan tamak pada kehidupan dunia
  9. Bersikap bakhil
  10. Berburuk sangka pada Allah
  11. Malas belajar/menuntut ilmu kecuali ilmu yang menggembirakannya..
Aku berazam untuk terus perbaiki diri ini.. Moga Allah tetaplah 'memandang' padaku...

Tiada ulasan: