BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

Ahad, 8 April 2012

Perlukah Panaskan Enjin Kenderaan Anda ?

Ramai yang mungkin tidak tahu. Setiap pagi rata-rata orang di Malaysia mesti akan memanaskan enjin kereta. Sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit. Ada yang lagi power sampai 15 minit. Start enjin kereta dulu, lepas tuh masuk rumah balik besiap-siap, makan dan baru memulakan perjalanan.

Sebenarnya teknik memanaskan enjin iaitu membiarkan enjin dalam keadaan ‘idling’ adalah tidak berfaedah. Di sesetengah negara, memanaskan enjin ditegah sama sekali. Seperti contoh, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika telah mengadakan kempen bagi kes ini.
The Canadian Office of Energy Efficiency mengatakan bahawa memanaskan enjin adalah dengan memandunya bukan dengan membiarkannya.  Oleh itu, cara yang paling efisyen adalah lepas menghidupkan enjin terus memandu untuk memanaskan enjin.
Kesannya  ia menyebabkan pembakaran bahan api menjadi tidak sempurna. Pembakaran yang tidak lengkap memberikan kesan yang tidak baik kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu menhilangkan minyak pelincir pada  dinding silinder. Oleh itu, dinding silinder akan mengalami kehausan kerana minyak pelincir tiada di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga akan turun ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bercampur dengan minyak pelincir, sifat minyak pelincir  berubah dan  dan menjadi tidak efisyen.
Selain itu, palam pencucuh juga boleh mendapat masalah dengan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Apabila palam pencucuh tidak berada pada suhu sepatutnya ianya akan menjadi kotor. Kesan daripadanya adalah peningkatan penggunaan bahan api sebanyak 5%.
Kebiasaannya kenderaan akan mengeluarkan wap dari ekzos pada waktu pagi. Ia adalah wap air yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jika enjin dibiarkan dalam keadaan ‘idling’,  enjin akan mengambil masa yang lama untuk panas. Wap air juga berada lama di dalam sistem ekzos yang mana akan mempercepatkan proses pengkaratan paip ekzos.
Kenderaan sekarang kebiasaanya mempunyai Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan level toksik hasil pembakaran sebuah enjin. Tugas komponen ini adalah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengasingkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Dengan itu, pencemaran udara dapat dikurangkan.
Keburukan memanaskan enjin dengan membiarkan kenderaan dalam keadaan idling sudah kita tahu iaitu membazir bahan api sekaligus membazirkan wang ringgit dan mencemarkan alam sekitar. Sekarang kita lihat kebaikan memanaskan enjin pula. Ada yang mengatakan  bahawa memanaskan enjin juga berfaedah. Antaranya ketika enjin dibiarkan lama, minyak pelincir akan mendap ke bahagian bawah enjin. Oleh itu adalah perlu untuk mengambil  masa untuk memanaskannya agar minyak pelincir itu naik dan pergi ke setiap penjuru dalaman enjin.
19 Perlukah Panaskan Enjin Kenderaan Anda???
Pam Minyak Pelincir (Oil Pump)
Fakta di atas benar. Tetapi kita harus tahu bahawa setiap enjin mempunyai pam minyak pelincir (oil pump). Pam minyak pelincir dikuasakan oleh crankshaft yang berpusing. Semakin laju crankshaft berpusing semakin cepat pam minyak pelincir berpusing dan menyebarkan minyak pelincir ke setiap penjuru bahagian dalaman enjin. Adakah dengan membiarkan kereta idling dapat memberikan kelajuan terhadap pusingan crankshaft??? Sudah tentu tidak. Idling kenderaan biasanya 1000rpm. So, dalam keadaan kenderaan bergerak crankshaft dapat berpusing dengan lebih banyak. Oleh itu buat apa kita memanaskan enjin dalam keaadan idle. Tidakkah lagi bagus kita terus memulakan perjalanan. Minyak jimat. Masa kita pun tidak terbuang dengan menunggu.

14 ulasan:

Jurnal Murahan berkata...

halamak yeop

habih tu cane, haku tengok dalam buku manual honda kene panaskan enjin.


dilema sudah

.

eita berkata...

kite takde kete....

Unknown berkata...

Saya ada dengar juga info ini.Info saudara ini mengesahkannya.

T.Kasih.

norhidana berkata...

info yg sgt berguna,..terutamanyer utk saya heheheh... tp skrg nih mmg tak penah pnskan enjin kete sbb sampai2 kete je terus nk gerak sbb kalu lwt jem hehehe

Zehan Ilyana berkata...

err..nasib baik saya tak tahu bawa kereta and takde kereta.. er, kalau tak macam pening je...huhu

JR berkata...

Memang memanaskan enjin dulu menjadi amalan ramai org yg terpengaruh dgn cerita kawan2 yg terdiri drpd mekanik2 kereta yg tak bertauliah...

Pembunuh Tanpa Bayang berkata...

adakah sama fungsinya dengan memanaskan injin motor?

maaf sekadar bertanya.

ஜ miss klanika ஜ berkata...

nice sharing. mmg tak penah buat cetu pn slama nie.

~Sal Ismail~ berkata...

oh..gitu ke..siyes baru tau ni~ ^^

~Sal Ismail~ berkata...

p/s: sahabat..harap kamu sehat2 aja di sana~

Deru Ombak berkata...

Saya seorang yang kurang ada kesabaran, takde istilah panaskan injin. Start kereta terus jalan, walaupun sebenarnya baru tahu, memanaskan injin itu xde pekdah.. Heh!

Jo-Blogger berkata...

betul ka?bgus2, sy ni bkn jenis nak panaskan enjin.selalu start masuk gear terus jalan.

FEDO berkata...

Tapi termostat engin blh buat cepat panas kot. Tp kalau ganti lain and modified macam saya. Lain cerita kot.He2

FEDO berkata...

Tapi termostat engin blh buat cepat panas kot. Tp kalau ganti lain and modified macam saya. Lain cerita kot.He2