Sinopsis cerita ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar. Penulis telah mendapatkan persetujuan daripada pihak yang terlibat. Nama watak bukan nama yang sebenar.. Harap maklum.
Alice menamatkan zaman remajanya melalui sebuah perkahwinan dalam usia 18 tahun bersama seorang lelaki, Sean yang dikenali melalui ruangan 'Pen Pal' di sebuah akhbar popular di Sabah. Hasil daripada perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Kesusahan hidup akibat keengganan Sean untuk bekerja dan ditambah dengan tekanan yang hebat daripada ibu bapanya yang membenci suaminya itu telah menyebabkan rumah tangga Alice berantakan. Bapanya bertindak mendapatkan khidmat seorang dukun handal untuk menyihir Alice agar membenci suaminya. Usaha itu berjaya. Kebencian Alice terhadap suaminya semakin menjadi-jadi. Pada suatu malam, Alice bertindak melarikan diri sewaktu suaminya sedang berfoya-foya bersama kawan-kawannya di bandar. Alice membawa anaknya yang berusia 3 bulan itu pulang ke kampung. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Sean untuk memujuk Alice dan bertemu dengan anaknya menemui jalan buntu kerana keluarga mengawal Alice dengan ketat malah mengugut untuk bertindak dengan lebih ganas jika Alice terus diganggu.

Masa berlalu dengan pantas... Selang beberapa tahun selepas peristiwa itu, Alice bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Zaman, berasal dari Semenanjung. Mereka berkenalan sewaktu bersama-sama bekerja di Hyatt Hotel di Kota Kinabalu. Zaman telah menjanjikan kehidupan baharu buat Alice. Alice yang sememangnya tertarik pada agama Islam, bertindak memeluk Islam walaupun ditentang oleh kedua ibu bapanya. Tidak lama selepas itu, Zaman telah memperisteri Alice yang kini dikenali sebagai Nur Hidayah. Meskipun Zaman mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan, namun Zaman gagal mendidiknya sebagai seorang Islam yang sebenar. Zaman sendiri menjalani kehidupan yang terpesong dari ajaran Islam. Maka, Nur Hidayah kekal sebagai Islam 'atas nama' sahaja. Hal ini amat merunsingkan hati Nur Hidayah. Mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata meskipun telah lama bersama.
Tiba pada suatu peringkat, Zaman mulai berubah sikap. Perhatian terhadap Nur Hidayah semakin hari semakin dingin. Zaman juga semakin jauh terpesong dari nur Islam. Suatu hari, Nur Hidayah menerima satu mesej melalui sms daripada seorang wanita yang mendakwa isteri kepada suaminya, Zaman. Setelah didesak akhirnya Zaman terpaksa mengakui bahawa dia memang sudah menikahi seorang wanita lain dan kini sedang menunggu kelahiran anak mereka yang kedua. Meskipun hatinya hancur kerana berasa dirinya ditipu oleh suaminya sendiri, namun Nur Hidayah belajar untuk redha dan menerima hakikat. Dia cuba berbaik-baik dengan madunya. Malangnya, madunya bersikap sebaliknya. Isteri kedua Zaman mendesak Zaman menceraikan Nur Hidayah dan mengugut untuk kembali ke agama Kristian dengan membawa anak mereka bersamanya. Zaman hidup dalam tekanan. Dia menjadi pemurung. Dalam masa yang sama, Nur Hidayah dibiarkan 'gantung tak bertali'. Nur Hidayah menderita. Penderitaan Nur Hidayah semakin memuncak apabila kedua orang tuanya meninggal dunia akibat serangan barah, seorang demi seorang. Malah, dalam waktu yang sama Nur Hidayah juga disahkan mengidap barah rahim. Hanya anak gadisnya tempat dia menumpang kasih dan tempat dia mengadu...
Anak gadis tunggal Nur Hidayah iaitu Lyana membesar sebagai seorang yang pintar. Berkat kegigihannya, Lyana juga berjaya melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti tempatan. Namun dia sentiasa ingin mengenali dan merindui ayah kandungnya. Atas bantuan kekasihnya, usaha menjejak Sean berjaya. Maklumat yang diterima, Sean mengalami keretakan rumah tangga bersama isterinya. Mereka tidak tinggal sebumbung lagi. Lyana berterus terang kepada Nur Hidayah, ibunya. Lyana memujuk Nur Hidayah menyertai pertemuan yang bersejarah itu. Tanpa disangka, pertemuan itu membangkitkan cinta yang lama. Nur Hidayah dihantui kata-kata yang diluahkan oleh Sean pada pertemuan itu. " Aku tidak pernah menceraikanmu.. Aku sentiasa berasakan bahawa kamu tetap isteriku, Alice.." "Cintaku masih seperti dulu.. dan aku tidak pernah menyintai mana-mana wanita seperti cintanya aku padamu. Kamu yang terburu-buru. Mengapa kamu lari dariku... melarikan anak yang aku terlalu kasihi..". " Dahulu aku terlalu muda dan mentah.. maafkan aku.." Apakah yang bakal berlaku seterusnya ? Apakah cinta lama bertaut kembali..? Apakah pula ketentuan Allah yang bakal ditakdirkan pada Nur Hidayah..?
Sinopsis cerita ini ditulis untuk menyertai contest anjuran salah seorang sahabat maya iaitu immukmin dalam Syoknya!! Berilusi, Bersama Immukmin'. Saya telah ditag oleh CORETAN SEIKHLAS RASA. Saya sepatutnya tag 3 orang rakan namun tidak memungkinkan utk mereka menyiapkan sinopsis yg dikehendaki kerana tamat tempohnya penyertaan ini adalah pada jam 12.00 malam ini.
1 ulasan:
menarik ni samad. abiskan le cerita ni. kamu nok tag sape sebenornye?
Catat Ulasan