BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

Jumaat, 31 Disember 2010

Lewat Sebelum..???


Sepasang pengantin  baru berkahwin 4 bulan yang lalu . Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita 
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk 
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga 
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana 
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai 
TNB tu pun berkata, " Ini rumah En. Mahmud ker ?"  
"Iya, saya ni isterinya. A
da apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak 
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB 
tu.
" APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab, " Ala puan, ni kan zaman IT, 
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. 
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu..??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan, " Relek puan, puan ni baru lewat 
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, "
Nanti saya bincang dengan suami saya..". Kemudian pegawai TNB tu pun beredar 
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahmud ini diberitahu oleh isterinya, dia 
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg 
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun 
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak 
heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat 
sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahmud ni berdiri dan mententeramkan 
keadaan. "Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau cik nak settlekan 
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahmud 
naik berang.

"APAAA?? Nak bayar korang? Bbelahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap, " Kalau macam tu, kita terpaksa potong encik
punya..........."

Si Mahmud mencelah " Apa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai 
apaaaaaa ???

Pegawai TNB tu pun cakap, " Nampak gayanye.. ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN 
AJERRR  LAAAAAAAA.."

???????????????????.....................



Ahad, 19 Disember 2010

Relaks Sekejap..

Lebah


Kadang-kadang niat yang baik tidak pulak diakhiri dengan kesudahan yang baik jugak kan.. Cuba baca contoh di bawah :


Seorang lelaki bertemu seorang doktor dengan satu benjolan di dahinya.

Doktor : Apa yang sakit encik ?

Lelaki : Ini doktor ( sambil menunjukkan benjolan di dahinya)

Doktor : Kenapa tu ?

Lelaki : Lebah..

Doktor : Hinggap di situ ?

Lelaki : Ya

Doktor : Ohhh.. kena sengat la ni ye..

Lelaki : Tak. Sebelum sempat lebah itu hinggap, isteri saya terlebih dahulu memukul lebah itu dengan batang penyapu..

######################

Maling dan Janda
(lawak indonesia)

Pada suatu malam, rumah seorang janda disatroni maling.

Maling : “Pilih mati apa menikmati?”

Janda pun akhirnya pasrah dan digauli oleh maling, hingga akhirnya maling pun tertidur sampai pagi. Dengan cekatan senjata si maling di ambil oleh si janda dan si janda pun balas mengancam.

Janda : “Pilih pulang atau ulang?”...

Khamis, 16 Disember 2010

Kubur

Kadang-kadang kita cukup rimas apabila ada juru jual yang tetiba memberi salam atau melaung-laung kita di luar pagar. Ada yang sekali kita cakap terus je blah.. Ada jugak yang dicakap berkali-kali..tidak jugak mahunya ... terus dipujuk-pujuknya kita. Macam mana tu ye..?  Barangkali orang tua di bawah ni cuba memberi kita idea kot..

Seorang lelaki yang sedang duduk-duduk di rumahnya didatangi oleh seorang wanita yang mahu mempromosikan alat-alat kecantikan.

Wanita : Boleh saya jumpa dengan isteri encik ?

Lelaki : Isteri saya tak ada di rumah..

Wanita : Hmm.. boleh saya tunggu dia sehingga dia balik ?

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala dan kemudian mempersilakan wanita tu duduk. Namun, selepas tiga jam menunggu, kelibat isteri itu masih belum kelihatan.

Wanita : Boleh saya tanya sikit, isteri encik sebenarnya pergi ke mana ?

Lelaki : Dia pergi kubur..

Wanita : Lamanya dia ke kubur. Agak-agak encik, bila dia balik ?

Lelaki : Entah. Saya sendiri pun  tak tahu.. Dah sepuluh tahun lebih dia kat sana.. (dengan muka paling 'cool')

Wanita : Adeihhhh...!

Selasa, 14 Disember 2010

Juruterbang

SEBUAH apal terbang sedang mengalami gangguan enjin di udara. Juru terbangnya segera menghubungi pusat kawalan untuk memberitahu keadaan tersebut.


Juru terbang : Kami menghadapi masalah teknikal di bahagian enjin ketika ini..


Pusat Kawalan : Baiklah.. Sila berikan ketinggian dan posisi anda ketika ini.


Juru terbang : Errr.. tinggi saya cuma 1.7 meter dan posisi saya pula di kerusi yang paling hadapan..


Pusat Kawalan : @#$#%&%%$ !.. ( sambil menumbuk mukanya sendiri berkali-kali..)

KEBODOHAN ITU PENYAKIT..

Bodoh adalah penyakit. Kebodohan pula sumber segala penyakit hati dan kejahatan. Ia sangat berbahaya dan lebih dahsyat daripada penyakit badan. Penyakit badan berakhir dengan kematian, tetapi penyakit hati menghantar pengidapnya kepada kesengsaraan yang kekal. Allah umpamakan orang bodoh yang tidak mahu belajar ilmu agama seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat dan hina menerusi ayat yang bermaksud : 

"Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka) ? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi." - Al-Furqan :44 

Imam Syafie menyebut orang bodoh sebahagian daripada haiwan kerana kerap mempamerkan kebodohannya dengan berlagak pandai seperti seekor seladang dalam kisah matador. Seladang menyangka kain merah itu musuhnya sehingga bertindak untuk menyerang. Ia tidak mengetahui musuhnya yang sebenar tetapi hanya berlagak handal dan kuat. Inilah salah satu perangai orang bodoh.

Tanda-tanda kebodohan :

  1. Putus asa dan kecewa dengan rahmat Allah.
  2. Memandang remeh pada dosa-dosa kecil.
  3. Panjang angan-angan dan suka kepada pujian
  4. Bodoh tetapi tidak menyedarinya
  5. Memandang rendah pada orang lain
  6. Bertindak melulu ketika marah
  7. Ujub, riak,sombong dan buruk sangka
  8. Cinta dan tamak pada kehidupan dunia
  9. Bersikap bakhil
  10. Berburuk sangka pada Allah
  11. Malas belajar/menuntut ilmu kecuali ilmu yang menggembirakannya..
Aku berazam untuk terus perbaiki diri ini.. Moga Allah tetaplah 'memandang' padaku...

Isnin, 13 Disember 2010

Segmen Pelik Sangat Ke Nama Blog Aku Nih ?

Aku baru aktifkan blog kedua aku ini dua hari yang lepas. Kebetulan la pulak ada segmen terbaru beliau yang aku rasa sesuai aku ikut. Nak tahu segmen tu, sila klik kat SINI.  Pikir punya pikir....tambahan pulak tiada idea untuk n3 baru.. aku amik keputusan.. join je lah...


  • Header Ben Ashaari Blog  - Dah letak dah... Klik je kat header tu... nanti korang akan ke sana dalam sekelip mata...
  • TajukPELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan pastu linkkan ke entri ini..
      dah   letak tajuk tu dan  dah linkkan seperti yang disyaratkan...



  • Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..
    Perkataan ni aku dengar masa aku first time gi Sabah. Aku dengar sorang lelaki tua tengah sembang ngan kawan dia. Dia sebut perkataan tu.. aku tertarik nak tahu.. aku tanya kat isteri.. dan aku tahu dan ingat maksudnya sampai sekarang



  • Apakah maksud di sebalik nama blog korang 
    Kudop bermaksud cendawan, manakala Rogon maksudnya hantu. Bila digabung dua perkataan tu.. maksudnya jadi 'cendawan hantu'.. sedap buat tumis tuh..



  • Siapa orang kuat blog korang tu ..
    Kesemua follower blog 'atasnamaaku' iaitu blog pertama saya adalah orang kuat blog ini. Tak boleh sebut nama sekian-sekian.. nanti kot ade yang terasa kan..



  • Angan angan terhadap blog tu ..
    Mampu mengumpul follower mencecah angka 1000.. err.. macam terlalu tinggi ye..



  • Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..
    Bukan Bedukang kot.. tapi yang ni pun ok laa.. watpe tukar-tukar .. tak baik..



  • Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana...
    Semua media massa.. bagi gempak yang paling gempak walaupun tak segempak mana.. err.. macam satu pilem tu.. pilem apa ntah..hihihi



  • Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. 
    Cetusan Seikhlas Rasa
     Princess Caramadaries
    D-08
    Blog Sedap MakDaraTerdiva



  • Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan ..
    Sebab ini blog aku.. kalau bukan aku yang suka.. payah la kan.. Lagipun blog ni boleh tolong aku cari kawan baru

  • Ahad, 12 Disember 2010

    BlogWalking Tool Versi Baru




    Blogwalking Software New Version

    Nampak menarik.... dan agak teruja ingin menyertainya. Version terbaru software utk blogwalking ni memang menambat hati. Jom ramai-ramai menyertainya..... Nak tahu lebih lanjut tentangnya.... klik je kat banner tu! Insan yang baik hati, yang bermurah hati nak beri software canggih kepada mereka yang terpilih dalam senarai awal...... tak lain... jiwakacau. Terima kasih.... 
    Bagi memenuhi syarat..... dengan ini saya tag :
    D_08
    Princess Caramadies
    kome best friend aku hihihi..

    Hikayat Sebuah Lara Yang Panjang

    Sinopsis cerita ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar. Penulis telah mendapatkan persetujuan daripada pihak yang terlibat. Nama watak bukan nama yang sebenar.. Harap maklum.


    Alice menamatkan zaman remajanya melalui sebuah perkahwinan dalam usia 18 tahun bersama seorang lelaki,  Sean yang dikenali melalui ruangan 'Pen Pal' di sebuah akhbar popular di Sabah. Hasil daripada perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Kesusahan hidup akibat keengganan Sean untuk bekerja  dan ditambah dengan tekanan yang hebat daripada ibu bapanya yang membenci suaminya itu telah menyebabkan rumah tangga Alice berantakan. Bapanya bertindak mendapatkan khidmat seorang dukun handal untuk menyihir Alice agar membenci suaminya. Usaha itu berjaya. Kebencian Alice terhadap suaminya semakin menjadi-jadi. Pada suatu malam, Alice bertindak melarikan diri sewaktu suaminya sedang berfoya-foya bersama kawan-kawannya di bandar. Alice membawa anaknya yang berusia 3 bulan itu pulang ke kampung. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Sean untuk memujuk Alice dan bertemu dengan anaknya menemui jalan buntu kerana keluarga mengawal Alice dengan ketat malah mengugut untuk bertindak dengan lebih ganas jika Alice terus diganggu.

    Masa berlalu dengan pantas...  Selang beberapa tahun  selepas peristiwa itu, Alice bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Zaman, berasal  dari Semenanjung. Mereka berkenalan sewaktu bersama-sama bekerja di Hyatt Hotel di Kota Kinabalu. Zaman telah menjanjikan kehidupan baharu buat Alice. Alice yang sememangnya tertarik pada agama Islam, bertindak memeluk Islam walaupun ditentang oleh kedua ibu bapanya. Tidak lama selepas itu, Zaman telah memperisteri Alice yang kini  dikenali sebagai Nur Hidayah. Meskipun Zaman mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan, namun Zaman gagal mendidiknya sebagai seorang Islam yang sebenar. Zaman sendiri menjalani kehidupan yang terpesong dari ajaran Islam. Maka, Nur Hidayah kekal sebagai Islam 'atas nama' sahaja. Hal ini amat merunsingkan hati Nur Hidayah. Mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata meskipun telah lama bersama. 

    Tiba pada suatu peringkat, Zaman mulai berubah sikap. Perhatian terhadap Nur Hidayah semakin hari semakin dingin. Zaman juga semakin jauh terpesong dari nur Islam. Suatu hari, Nur Hidayah  menerima satu mesej melalui sms daripada seorang wanita yang mendakwa isteri kepada suaminya, Zaman. Setelah didesak akhirnya Zaman terpaksa mengakui bahawa dia memang sudah menikahi seorang wanita lain dan kini sedang menunggu kelahiran anak mereka yang kedua. Meskipun hatinya hancur kerana berasa dirinya ditipu oleh suaminya sendiri, namun Nur Hidayah belajar untuk redha dan menerima hakikat. Dia cuba berbaik-baik dengan madunya. Malangnya, madunya bersikap sebaliknya. Isteri kedua Zaman mendesak Zaman menceraikan Nur Hidayah dan mengugut untuk kembali ke agama Kristian dengan membawa anak mereka bersamanya. Zaman hidup dalam tekanan. Dia menjadi pemurung. Dalam masa yang sama, Nur Hidayah dibiarkan 'gantung tak bertali'. Nur Hidayah menderita. Penderitaan Nur Hidayah semakin memuncak apabila kedua orang tuanya meninggal dunia akibat serangan barah, seorang demi seorang. Malah, dalam waktu yang sama Nur Hidayah juga disahkan mengidap barah rahim. Hanya anak gadisnya tempat dia menumpang kasih dan tempat dia  mengadu...

    Anak gadis tunggal Nur Hidayah iaitu Lyana membesar sebagai seorang yang pintar. Berkat kegigihannya, Lyana juga berjaya melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti tempatan. Namun dia sentiasa ingin mengenali dan merindui ayah kandungnya. Atas bantuan kekasihnya, usaha menjejak Sean berjaya. Maklumat yang diterima, Sean mengalami keretakan rumah tangga bersama isterinya. Mereka tidak tinggal sebumbung lagi. Lyana berterus terang kepada Nur Hidayah, ibunya. Lyana memujuk Nur Hidayah menyertai pertemuan yang bersejarah itu. Tanpa disangka, pertemuan itu membangkitkan cinta yang lama. Nur Hidayah dihantui kata-kata yang diluahkan oleh Sean pada pertemuan itu. " Aku tidak pernah menceraikanmu.. Aku sentiasa berasakan bahawa kamu tetap isteriku, Alice.." "Cintaku masih seperti dulu.. dan aku tidak pernah menyintai mana-mana wanita seperti cintanya aku padamu. Kamu yang terburu-buru. Mengapa kamu lari dariku... melarikan anak yang aku terlalu kasihi..". " Dahulu aku terlalu muda dan mentah.. maafkan aku.."  Apakah yang bakal  berlaku seterusnya ? Apakah cinta lama bertaut kembali..? Apakah pula ketentuan Allah yang bakal ditakdirkan pada Nur Hidayah..?






    Sinopsis cerita ini ditulis untuk menyertai contest anjuran salah seorang sahabat maya iaitu immukmin dalam Syoknya!! Berilusi, Bersama Immukmin'. Saya telah ditag oleh CORETAN SEIKHLAS RASA.  Saya sepatutnya tag 3 orang rakan namun tidak memungkinkan utk mereka menyiapkan sinopsis yg dikehendaki kerana tamat tempohnya penyertaan ini adalah pada jam 12.00 malam ini.

    Sabtu, 11 Disember 2010

    Ajal

    Seorang yang sedang menjelajah di pedalaman Amazon tiba-tiba saja sudah dikepung sekelompok primitif yang haus darah.


    “Oo… Tuhan matilah aku…”, gumamnya.

    Tiba-tiba dari langit di atasnya ada kilatan cahaya, dan terdengar suara menggema:

    “Tidak anakku…, ajalmu belum tiba. Ambillah batu di dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang tepat berdiri di depanmu itu “.

    Si penjelajah itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin gerombol itu, dan memukulkan batu itu ke kepala si pemimpin sekuat tenaga… dan si pemimpin itu 
    mati ketika itu juga. Lalu dengan penuh bangga dia berdiri di atas mayat si pemimpin.



    100 orang primitif itu segera mengepungnya dengan muka sangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh. Kilatan dari langit itu muncul lagi dengan   suara 

    menggema:

    “Sekarang… baru ajalmu tiba anakku…”

    Aku Lesbian

    Seorang lelaki dungu memasuki sebuah cafe. Dilihatnya seorang perempuan yang sangat cantik sedang duduk sendirian. Lelaki tersebut mendekatinya dan menyapanya,
    “Halo, saya temankan ya... ”

    “Boleh aja,” jawab si perempuan, “Tapi jangan mengharapkan apa-apa ya,” lanjutnya.

    “Errr.. kenapa?” tanya si lelaki.

    “Kerana aku lesbian,” jawab si perempuan.

    “Apa? Awak orang lesbian?”

    “Awak tidak tahu lesbian itu apa ye ?”

    Si lelaki menggeleng.

    “Begini,” si perempuan berusaha menerangkan, “Awak nampak perempuan manis di seberang sana? Aku akan berdamping dengannya, menciuminya dan bercinta dengannya sepanjang malam.”

    Si lelaki tersebut tiba-tiba menundukkan kepala terlihat malu.

    “Awak kenapa?” tanya si lesbian.

    Si lelaki mengangkat kepalanya dan berkata, “Ya Tuhan, rupanya aku lesbian juga...hihihi ”

    Mana Bapak Kamu ??

    Pada suatu hari Pak Badu berkata kepada Udin anaknya…

    Pak Badu: Din… nanti  kalo ada orang  datang dan mencari bapak, katakan saje pak  sudah pergi ya…???

    Udin: Pergi ke mana pak..?

    Pak Badu: Pandai-pandai laa..

    Udin: Iya, Pak…

    (Kemudian Udin melihat bapaknya menuju ke bilik tidur. Setengah jam selepas itu datanglah seorang tamu )

    Tamu: Assalamulaikum, Dik… Bapaknya ada…?

    Udin: Alamak… Bapak saya dah pergi, pakcik…

    Tamu: Pergi ke mana…?

    Udin: PERGI TIDUR…!
    · · · · · · · · · ·

    Jenis-jenis Hantu di Malaysia..

    Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-


    1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -

    wanita berpakaian serba putih membalas dendam.

    Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.



    2. Langsuir 

    Adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.




    3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel

    Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.




    4. Pelesit - boleh dipelihara

    Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.




    5. Hantu air

    Merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.




    6. Hantu raya - boleh dipelihara

    Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.




    7. Hantu bungkus

    Makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.




    8. PolongHantu 

    Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.




    9. Bota 

    Makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah. Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.




    10. Bajang 

    Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.




    11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.

    Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.




    12. Hantu Jepun

    Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).




    13. Hantu bukit.

    Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.




    14. Hantu kubur

    Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah




    15. Pari-pari

    Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.




    16. Hantu punjut

    Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.




    17. Jerangkung

    Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.




    18. Hantu laut

    Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.




    19. Hantu galah

    Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.




    20. Jin Tanah

    Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.21. Hantu KeramatHantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.




    22. Hantu Kum-Kum

    Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.




    23. Hantu Bungkus

    Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.




    24. Orang minyak

    Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.




    25. Puaka

    Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.




    26. Penanggalan

    Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.




    27. Pocong

    Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.




    28. Hantu bidai

    Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.




    29. Hantu kopek

    Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.




    30. Hantu Tetek

    Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.




    31. Harimau jadian

    Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.




    32. Jembalang tanah

    Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.




    33. Hantu tengelong


    Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.


    Dipetik Daripada: http://Coretanmojam.blogspot.com