Saya rasa ramai diantara anda yang dah tahu @ pernah terbaca mengenai bahaya PANADOL @ PARACETAMOL.
Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.
Baru-baru ini, kawan saya ada forward 1 artikel yang mengingatkan tentang betapa bahaya pengambilan PANADOL ini. (Saya rasa ramai yang dah dapat @ baca artikel ini sebelum ni).
Ramai juga yang forward atau share kan info ini di facebook masing-masing. Saya juga ada terbaca dalam facebook kawan-kawan saya.
Semua orang nampaknya begitu concern dan prihatin terhadap masalah ini. Menunjukkan rakyat Malaysia ni dah semakin peka terhadap perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Ini satu perkembangan yang bagus.
Kepada yang masih belum terbaca tentang perkara ini. Saya kongsikan dengan anda catatan artikel tersebut.
Bahaya Paracetamol (Panadol @ Actifast)
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Petua hilangkan pening (Cara Alternatif)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron atau ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (contohnya air 100 Plus).
Campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Kalau nak lebih mudah, 1 cawan isotonik dicampur dengan 2 cawan air biasa.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.
Kaedah lain ialah ;
Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
SUMBER
SUMBER
2 ulasan:
Ini pun kisah benar juga.Panadol mengambil masa untuk hancur didalam badan,apabila ada pak sedara rakan seperjuangan meningal akibat pengambilan penadol berlebihan,sengengam panadol didalam perut telah dijumpai dan ususnya pecah.
mak aku pernah cakap tak elok ambil panadol byk. tp kalau pening sgt aku terpaksa juga. haha
Catat Ulasan