BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

  • Nak Kurus.. - *Aku ade kawan. Tinggi die..167cm. Kughang 4 takoh daghi aku. Beghat[berat] badan die idok la beghat beno cume 122 kilo je (?). Umor die beze dalam 8 taun...
    11 tahun yang lalu

Selasa, 6 Disember 2011

Masjid Ais Pertama di Dunia



Sebuah masjid yang diperbuat daripada ais akan dibina berhampiran Ice Hotel, Jukkasjarvi, utara Sweden. Menurut perancangan, kedudukan masjid tersebut akan dibina berdekatan dengan bangunan gereja ais yang telah dibini sebelum ini.

Ketua CEO Ice Hotel, Yngve Bergqvist, mengatakan perancangan pembangunan masjid ais wujud daripada kebebasan beragama di Jukkasjarvi.

“Pembangunan gereja ais telah menarik minat pengunjung untuk datang. Malah 150 pasangan memutuskan untuk berkahwin di gereja ini,” katanya seperti dipetik dalam thelocal.com.

Bergqvist akan memastikan pembangunan masjid bukan semata-mata untuk kepentingan komersil melainkan untuk meningkatkan penyampaian maklumat tentang Islam. “Pengunjung bakal datang dari pelbagai negara. Kami fikir sungguh bagus jika boleh membina masjid setelah sebelum ini membina geraja,” katanya.

Bergqvist mengharapkan bagunan masjid ais ini akan siap sepenuhnya tahun ini.

Imam Mahmoud Aldebe berharap pembinaan masjid ais dapat memberikan kesan berupa pemahaman yang benar mengenai Islam. Sebab, sebahagian pengetahuan masyarakat Sweden mengenai Islam terlalu sedikit. “Idea ini tidak lah terlalu kontroversi. Harapannya, tentu memudahkan kami (komuniti Muslim) untuk berdialog dengan masyarakat Sweden,” katanya.

Aldebe mengatakan tiada masalah mengenai kedudukan masjid berada berhampiran dengan gereja. Baginya, dengan kedudukan masjid berhampiran gereja akan memudahkan dialog antara budaya dan agama. “Mungkin imam yang bertugas akan memberitahu kepada tetamu mengenai Islam.

sumber: itsmesaiful.blogspot.com

6 ulasan:

Cik Nor berkata...

takyah pakai aircon dah.
err tak cair ke.

JR berkata...

Tak takut beku di dalamnya ke?

pisau belati berkata...

sudah tentu memerlukan kos yang agak tinggi dalam pembuatannya...

perjalanan pulang berkata...

salam... pagi ni nak melawat

Rain berkata...

Bergqvist akan memastikan pembangunan masjid bukan semata-mata untuk kepentingan komersil melainkan untuk meningkatkan penyampaian maklumat tentang Islam.

bukan jaminan

perjalanan pulang berkata...

salam.. pagi pagi nak ziarah