BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

Jumaat, 16 Mac 2012

"Saya Sanggup Jadi Tongkat Kepada Ibu Sepanjang Hidup Saya"



Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang hidup saya. Sebuah cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tampa mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat kita semua.


Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negera yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong satu orang lagi.

Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu, Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan ibunya yang baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di depan ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat tidur.

Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong kedua kaki ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya mengelilingi leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.

Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kemalangan lalu lintas yang benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana kemalangan ini ibundanya mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki yang disemarakkan pula dengan kehilangan ayahnya.

Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang rumah tangga. Kerana tidak ada pendapatan Yuanyuan menyara keluarga dengan menjadi pengutip sisa-sisa sampah. Dan duit hasil kerja kerasnya itu habis digunakan untuk menguruskan ibunya. 

Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati para tetangga, banyak tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada ibu dan anak perempuannya ini. Kerana sepanjang tahun hanya mampu berebah otot kaki untuk ibunya. Walaupun sering kejang dan sakitnya kadang-kadang sangat tak tertahankan.

Ada seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang doktor tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi akupuntur terhadap ibu Yuanyuan, malah doktor itu juga mengajarnya menggunakan teknik akupuntur sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah boleh menggunakan teknik akupuntur untuk meringankan rasa sakit ibunya.

Tiga tahun yang lalu, Yuanyuan berkahwin, setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan seorang puteri. Namun di mana pun dan bila-bila masa, Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, dia dan suaminya bersama-sama memikul tanggung jawab mengurus ibunya.

Walaupun rumah tangganya tidak kaya, mereka sangatlah puas. Ibunya berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia merasa dirinya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati kehangatan dan kebahagian dalam keluarga.

Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, kerana dia adalah seorang anak yang masih mempunyai seorang ibu. Saya rasa sangat bahagia "kerana itulah saya sanggup menjadi tongkat kepada ibu saya sepanjang hidup saya".

SUMBER

6 ulasan:

JR berkata...

Sangat tersentuh dgn kisah budi baik anak ini. Soalnya berapa ramai anak yg sebaiknya? Kata org seorang ibu boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak sukar menjaga seorang ibu...

Unknown berkata...

kasih seorang anak kan...

norhidana berkata...

sedih syahdu baca cite nih...
kasih seorang anak... yg betul2 ikhlas

~Sal Ismail~ berkata...

sy rasa sebak~ perasaan sy sentiasa berkobar2 utk terus berbakti pada mak yg dah cukup lama 'menderita'..kdg2 sy terfikir..ada hikmahnya juga sy masih bujang..'kebahagiaan' sy boleh ditunda..tp usia mak semakin tua~ mmg xkan terbalas segala jasa tp sy ingin bahagiakan dia seadanya~

~Sal Ismail~ berkata...

ntah kenapa sblm ni x terfikir nak singgah sini~ huu

azmnor berkata...

Salam saudara,

satu pengorbanan yg aku sendiri tak dapat lakukan dan pastikah aku akan mendapat pengorbanan sebagitu dr zuriat ku.....( sebak )....