BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

Selasa, 24 Mei 2011

Latihan Meningkatkan Stamina

Untuk mendapatkan stamina yang tinggi, latihan menguatkan stamina perlu diamalkan. Latihan berjogging adalah salah satu latihan asas untuk menguatkan stamina. Jogging boleh diamalkan setiap petang dimana saja kawasan yang sesuai, samada di padang, taman rekreasi atau di atas balapan, bahkan di dalam rumah menggunakan threadmill.

Jika berjogging di padang atau balapan, jumlah pusingan padang atau balapan tersebut boleh dijadikan kayu ukur peningkatan stamina seseorang. Semakin banyak pusingan yang berjaya dihabiskan, semakin meningkat stamina seseorang. Jika di atas threadmill, lamanya masa yang dihabiskan juga boleh dijadikan ukuran. Jika pada minggu pertama seseorang berjaya menghabiskan 5 pusingan padang bola sepak atau balapan, untuk meningkatkan lagi stamina asas, pada minggu kedua, sebanyak 8 atau 10 pusingan hendaklah dijadikan matlamat. Ini adalah untuk melatih otot jantung dan fungsi paru-paru agar lebih cepat mengepam darah beroksigen ke seluruh anggota badan dan mengepam keluar karbon dioksida dari paru-paru.

Untuk peringkat seterusnya, larian jogging perlu ditentukan masanya. Jika pada minggu kedua, matlamat 10 pusingan telah dicapai, cuba catatkan masanya. Oleh itu pada minggu ketiga, matlamat yang harus dicapai adalah memendekkan larian 10 pusingan. Semakin singkat masa yang diambil untuk menghabiskan 10 pusingan padang, semakin tinggi stamina asas seseorang. Ini kerana otot jantung dan fungsi paru-paru akan dipertingkatkan lagi bagi membolehkan jantung mengepam dengan lebih cepat untuk jangka masa yang panjang.

Amalkan latihan ini, pada hujung minggu ketiga, seseorang akan dapat merasakan perbezaannya.

Peringkat seterusnya adalah untuk meningkatkan ketahanan stamina bagi melakukan gerakan-gerakan pantas secara kilat seperti yang diperlukan di dalam permainan futsal. Latihan larian pecut secara berulang alik untuk jarak 20 meter dan 50 meter boleh dilakukan oleh seseorang dengan catatan masa. Semakin singkat masa yang dicatatkan semakin tinggi ketahanan stamina seseorang untuk gerakan-gerakan pantas dan kilat.

Stamina juga perlu dikekalkan sepanjang masa. Oleh yang demikian latihan-latihan asas ini perlu dilakukan sepanjang masa. Latihan juga boleh ditambah seperti melalui aktiviti renang yang amat baik untuk jantung. Tapi awas, jangan terpesong fokus memerhati pemandangan indah di kolam renang yang juga boleh meningkatkan kadar degupan jantung tanpa perlu sebarang pergerakan tubuh badan kecuali mata.

SUMBER

3 ulasan:

Kakzakie berkata...

Kakak kalau jogging selepas solat maghrib dgn anak kakak tak kira berapa lama. Bila dah ramai org kakak akan balik. Macam tak selesa dan malu....

ukhti syikin berkata...

wah.. lama tak renang... lama tak jogggg.... er.. my hubby bizi2.. :"<

jaguh88 berkata...

Panas Berapi !! Meletop-Letop... Bakal Meledak Tak Lama Lagi !!
Pendapatan Pasif (Tanpa Menaja) RM 9837 Setiap Bulan !!

http://sway2u.blogspot.com
012-571 2456