BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

  • Nak Kurus.. - *Aku ade kawan. Tinggi die..167cm. Kughang 4 takoh daghi aku. Beghat[berat] badan die idok la beghat beno cume 122 kilo je (?). Umor die beze dalam 8 taun...
    11 tahun yang lalu

Jumaat, 11 Mac 2011

Taubat Seorang Pelaut


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitto1Z59V4rAR41f_UaG9WjaEKd6mR_MyWCj2vIqcUnsJ2geW9-DmzoSZWl_qqFagUnzZHWX3dCZeK1xxgCiW6rYT6ytUX1HPc5UiyhYe1CVTIUqRn9WxbVLUdgOEpq9LtXHeEjnGBekU/s1600/10.jpg

SEKADAR INGIN BERKONGSI PERINGATAN...

Kisah benar ini diceritakan dalam buku  bertajuk - 'Pelaut Menemui Tuhan di 
Segitiga Bermuda ( Golden Trianggle )'. Kisah ini amat penting untuk dipanjangkan
berbanding tajuk-tajuk motivasi yang lain dalam buku ini. Bacalah...

Seorang Hamba Allah yang tidak disebutkan namanya dalam buku tersebut, 
cukuplah sekadar saya namakanya A sahaja. A bertugas dengan sebuah 
syarikat perkapalan. 

Beliau berbangsa Melayu, Beragama Islam dan berasal dari Malaysia. 
Bapanya seorang guru agama, tetapi sejak kecil A tidak mendapat pendidikan 
agama akibat bersekolah di asrama penuh sehinggalah menjawat jawatan dalam 
syarikat perkapalan tersebut. 

Beliau bertugas dan belayar keseluruh dunia dalam sesuai bidangnya menjadi 
pelayar profesional. Melalui pengalaman dan pergaulan persekitarannya 
menyebabkan A menganut fahaman tidak mempercayai adanya Tuhan, 
kehidupannya tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam melainkan 
melakukan apa sahaja yang dilarang oleh Islam termasuklah kesemua jenis 
dosa-dosa besar, Perempuan, Zina, Arak, Judi dan apa sahaja yang dilarang 
oleh agama termasuklah fahaman A yang mengharamkan perkahwinan .

Baginya apa perlunya kahwin sedang wanita boleh didapati dimana-mana 
sahaja. Dalam mana-mana perdebatan A sering mencabar kekuasaan Tuhan 
dengan mengatakan Tuhan Tiada , ianya hanyalah hayalan, hanya orang bodoh 
dan lemah sahaja yang mempercayai adanya Tuhan .Begitu angkuh sekali si A 
menyanggah akan keesaan Tuhan. 

Dipendekkan cerita. Ketika kejadian ini berlaku, kapal A sedang belayar 
merentasi Segita Bermuda menuju ke Mexico. Dengan kehendak Allah S.W.T 
kapal A telah dipukul ribut ditengah Lautan Atlantik yang luas berhampiran 
Segita Bermuda. 

Maka karamlah kapal A dengan segala isinya dan seluruh anak-anak kapal 
terpelanting ke laut.Termasuklah A turut serta menjadi penghuni lautan seketika 
itu, dengan sekelip mata sahaja, dengan tidak disangka-sangka, dengan tidak 
ada seorang pun menduganya, walaupun kapal A dilengkapi dengan pelbagai 
kecanggihan teknologi mengesan sebarang bencana. Namun kehendak Allah 
tidak ada sesiapa pun mampu menghalangnya.. 

A telah terdampar dilaut selama 13 hari dengan pelampung keselamatan yang 
dipakainya. Pengsan dan sedar berulang-ulang kali. Ketika A dalam keadaan 
sedar ditengah lautan Atlantik yang gelap gelita, dalam kepedihan dan kesakitan 
serta badan yang lemah dalam kesejukan. 

Sekumpulan ikan-ikan jerung mengelilingi A berulang-ulang kali, ada yang 
menggeselkan badannya ke kaki A, mengangakan mulut kearah A, seolah-olah 
suatu pesta makanan yang lazat sedang dan akan dinikmati sebentar lagi.

Ketika itulah A menangis, meraung, memanggil-manggil nama Allah 
berulang-ulang kali, memanggil dalam esakan, dalam tangisan. A telah 
terlupa akan segala kesombongannya selama ini, segala dosa dan maksiat
yang dilakukannya selama ini, segala keangkuhannya mengatakan Tuhan itu 
tiada dan tiada apa-apa kekuasaan daripada-Nya.

Pada saat itu tiada lagi tempat A memohon pertolongan melainkan kepada 
Allah, di tengah-tengah lautan yang saujana mata memandang, sejuk, panas 
dan gelap gelita, A tiada tempat untuk memohon pertolongan, melainkan 
memanggil-manggil nama Allah beribu-ribu kali.

Akhirnya A teringat akan beberapa potong ayat al-Quran lalu membacanya.  
Pada saat genting berada diambang maut antara laut dan kerakusan jerung 
ganas, A membaca beberapa potong ayat al-Quran. seterusnya A pengsan. 

Sesedarnya A, dia telah berada di hospital Reo de Jenerio Brazil . A telah 
diselamatkan oleh nelayan Brazil. Ketika di hospital A menjadi trauma dengan 
menghempas-hempaskan badannya, meraung-raung menyebut-nyebut nama 
Allah, Allah, Allah....

Begitulah hebatnya kebesaran dan kekuasaan Allah, walaupun jerung sudah 
mengangakan mulutnya untuk menelan A. Walaupun 13 hari terapung di laut 
yang ganas berpayungkan langit, kepanasan dan kesejukan, namun kekuasaan 
Allah meliputi segala-galanya. Ajal dan maut adalah ditangan Tuhan.

Akhirnya A insaf atas segala perbuatannya dan sekarang menuntut di 
perguruan pondok mendalami ilmu Islam, bertaubat dan melaksanakan segala 
amalan-amalan ajaran agama dengan sepenuhnya.

A telah bertaubat, insaf dan menyesal, bahawa pada saat-saat antara hidup 
dan mati seperti itu, tiadalah lagi sebarang kehebatan dan kesombongan manusia. 
Hanyalah Allah yang akan menjadi tempat mengadu dan memohon pertolongan.

Rupa-rupanya Allah juga masih tetap sayangkannya . Beliau telah diselamatkan 
oleh jerung dan lautan, beliau telah diselamatkan dari kehidupan noda dan dosa 
dan kini melalui kehidupan insan yang sebenar, beribadat, bertaubat dan taatkan 
segala perintah Allah. 

ceduk dari  :-maemahi.blogspot.com

4 ulasan:

toyolkiut berkata...

tiada kata dpt di ulas..
Allah Maha Besar!
moga Tuhan sntiasa mnunjukkan kita semua jln yg bnr dan dredhai..
amin..

Mutiara Bernilai berkata...

Subhanallah..
benar, jika Allah menginginkan sesuatu, sesuatu tu pasti akn terjadi walaupun tidak logik dan mustahil pd pandangan dan fikiran manusia ..

Moga2 Allah memberikan kita semua pintu2 taubat dan keampunan,,

Solihin Zubir berkata...

Kun Fa Yakun..
Allah kata jadi, maka jadilah ia..

Subhanallah..

ghost berkata...

dalam rasa kehilangan segala harapan untuk hidup ketika itu Tuhan menjadi satu-satunya tempat untuk memohon..

beruntunglah bagi mereka yang disedarkan dan diampuni dosa2 mereka sebelum ajal menjemput.