SEKADAR INGIN BERKONGSI PERINGATAN...
Kisah benar ini diceritakan dalam buku bertajuk - 'Pelaut Menemui Tuhan di
Segitiga Bermuda ( Golden Trianggle )'. Kisah ini amat penting untuk dipanjangkan
berbanding tajuk-tajuk motivasi yang lain dalam buku ini. Bacalah...
Seorang Hamba Allah yang tidak disebutkan namanya dalam buku tersebut,
cukuplah sekadar saya namakanya A sahaja. A bertugas dengan sebuah
syarikat perkapalan.
Beliau berbangsa Melayu, Beragama Islam dan berasal dari Malaysia.
Bapanya seorang guru agama, tetapi sejak kecil A tidak mendapat pendidikan
agama akibat bersekolah di asrama penuh sehinggalah menjawat jawatan dalam
syarikat perkapalan tersebut.
Beliau bertugas dan belayar keseluruh dunia dalam sesuai bidangnya menjadi
pelayar profesional. Melalui pengalaman dan pergaulan persekitarannya
menyebabkan A menganut fahaman tidak mempercayai adanya Tuhan,
kehidupannya tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam melainkan
melakukan apa sahaja yang dilarang oleh Islam termasuklah kesemua jenis
dosa-dosa besar, Perempuan, Zina, Arak, Judi dan apa sahaja yang dilarang
oleh agama termasuklah fahaman A yang mengharamkan perkahwinan .
Baginya apa perlunya kahwin sedang wanita boleh didapati dimana-mana
sahaja. Dalam mana-mana perdebatan A sering mencabar kekuasaan Tuhan
dengan mengatakan Tuhan Tiada , ianya hanyalah hayalan, hanya orang bodoh
dan lemah sahaja yang mempercayai adanya Tuhan .Begitu angkuh sekali si A
menyanggah akan keesaan Tuhan.
Dipendekkan cerita. Ketika kejadian ini berlaku, kapal A sedang belayar
merentasi Segita Bermuda menuju ke Mexico. Dengan kehendak Allah S.W.T
kapal A telah dipukul ribut ditengah Lautan Atlantik yang luas berhampiran
Segita Bermuda.
Maka karamlah kapal A dengan segala isinya dan seluruh anak-anak kapal
terpelanting ke laut.Termasuklah A turut serta menjadi penghuni lautan seketika
itu, dengan sekelip mata sahaja, dengan tidak disangka-sangka, dengan tidak
ada seorang pun menduganya, walaupun kapal A dilengkapi dengan pelbagai
kecanggihan teknologi mengesan sebarang bencana. Namun kehendak Allah
tidak ada sesiapa pun mampu menghalangnya..
A telah terdampar dilaut selama 13 hari dengan pelampung keselamatan yang
dipakainya. Pengsan dan sedar berulang-ulang kali. Ketika A dalam keadaan
sedar ditengah lautan Atlantik yang gelap gelita, dalam kepedihan dan kesakitan
serta badan yang lemah dalam kesejukan.
Sekumpulan ikan-ikan jerung mengelilingi A berulang-ulang kali, ada yang
menggeselkan badannya ke kaki A, mengangakan mulut kearah A, seolah-olah
suatu pesta makanan yang lazat sedang dan akan dinikmati sebentar lagi.
Ketika itulah A menangis, meraung, memanggil-manggil nama Allah
berulang-ulang kali, memanggil dalam esakan, dalam tangisan. A telah
terlupa akan segala kesombongannya selama ini, segala dosa dan maksiat
yang dilakukannya selama ini, segala keangkuhannya mengatakan Tuhan itu
tiada dan tiada apa-apa kekuasaan daripada-Nya.
Pada saat itu tiada lagi tempat A memohon pertolongan melainkan kepada
Allah, di tengah-tengah lautan yang saujana mata memandang, sejuk, panas
dan gelap gelita, A tiada tempat untuk memohon pertolongan, melainkan
memanggil-manggil nama Allah beribu-ribu kali.
Akhirnya A teringat akan beberapa potong ayat al-Quran lalu membacanya.
Pada saat genting berada diambang maut antara laut dan kerakusan jerung
ganas, A membaca beberapa potong ayat al-Quran. seterusnya A pengsan.
Sesedarnya A, dia telah berada di hospital Reo de Jenerio Brazil . A telah
diselamatkan oleh nelayan Brazil. Ketika di hospital A menjadi trauma dengan
menghempas-hempaskan badannya, meraung-raung menyebut-nyebut nama
Allah, Allah, Allah....
Begitulah hebatnya kebesaran dan kekuasaan Allah, walaupun jerung sudah
mengangakan mulutnya untuk menelan A. Walaupun 13 hari terapung di laut
yang ganas berpayungkan langit, kepanasan dan kesejukan, namun kekuasaan
Allah meliputi segala-galanya. Ajal dan maut adalah ditangan Tuhan.
Akhirnya A insaf atas segala perbuatannya dan sekarang menuntut di
perguruan pondok mendalami ilmu Islam, bertaubat dan melaksanakan segala
amalan-amalan ajaran agama dengan sepenuhnya.
A telah bertaubat, insaf dan menyesal, bahawa pada saat-saat antara hidup
dan mati seperti itu, tiadalah lagi sebarang kehebatan dan kesombongan manusia.
Hanyalah Allah yang akan menjadi tempat mengadu dan memohon pertolongan.
Rupa-rupanya Allah juga masih tetap sayangkannya . Beliau telah diselamatkan
oleh jerung dan lautan, beliau telah diselamatkan dari kehidupan noda dan dosa
dan kini melalui kehidupan insan yang sebenar, beribadat, bertaubat dan taatkan
segala perintah Allah.
ceduk dari :-maemahi.blogspot.com
4 ulasan:
tiada kata dpt di ulas..
Allah Maha Besar!
moga Tuhan sntiasa mnunjukkan kita semua jln yg bnr dan dredhai..
amin..
Subhanallah..
benar, jika Allah menginginkan sesuatu, sesuatu tu pasti akn terjadi walaupun tidak logik dan mustahil pd pandangan dan fikiran manusia ..
Moga2 Allah memberikan kita semua pintu2 taubat dan keampunan,,
Kun Fa Yakun..
Allah kata jadi, maka jadilah ia..
Subhanallah..
dalam rasa kehilangan segala harapan untuk hidup ketika itu Tuhan menjadi satu-satunya tempat untuk memohon..
beruntunglah bagi mereka yang disedarkan dan diampuni dosa2 mereka sebelum ajal menjemput.
Catat Ulasan