Kadang-kadang kita cukup rimas apabila ada juru jual yang tetiba memberi salam atau melaung-laung kita di luar pagar. Ada yang sekali kita cakap terus je blah.. Ada jugak yang dicakap berkali-kali..tidak jugak mahunya ... terus dipujuk-pujuknya kita. Macam mana tu ye..? Barangkali orang tua di bawah ni cuba memberi kita idea kot..
Seorang lelaki yang sedang duduk-duduk di rumahnya didatangi oleh seorang wanita yang mahu mempromosikan alat-alat kecantikan.
Wanita : Boleh saya jumpa dengan isteri encik ?
Lelaki : Isteri saya tak ada di rumah..
Wanita : Hmm.. boleh saya tunggu dia sehingga dia balik ?
Lelaki itu hanya menganggukkan kepala dan kemudian mempersilakan wanita tu duduk. Namun, selepas tiga jam menunggu, kelibat isteri itu masih belum kelihatan.
Wanita : Boleh saya tanya sikit, isteri encik sebenarnya pergi ke mana ?
Lelaki : Dia pergi kubur..
Wanita : Lamanya dia ke kubur. Agak-agak encik, bila dia balik ?
Lelaki : Entah. Saya sendiri pun tak tahu.. Dah sepuluh tahun lebih dia kat sana.. (dengan muka paling 'cool')
Wanita : Adeihhhh...!
3 ulasan:
tak suka layan salesman/salesgirl.. :)
ahahaha.. sempoi giler.. amek! nk sgt tggu.. hehe..
hehe..
macam2 kn..
Catat Ulasan