BLOG INI MENGHIMPUNKAN MAKLUMAT-CERITA-GAMBAR DAN VIDEO YANG DIAMBIL DAN MUNGKIN DIOLAH DARIPADA BUKU-BUKU ATAU PUN DARIPADA BLOG-BLOG TERTENTU YANG DINYATAKAN SUMBERNYA. SEMUANYA MENJADI SUMBER/KOLEKSI PERIBADI SAYA. MANAKALA BLOG YANG MEMAPARKAN HASIL KARYA/PENULISAN SAYA SENDIRI BOLEH DILIHAT PADA LINK YANG DIPAPARKAN DI BAWAH. HARAP MAKLUM.

BLOG TENTANG PENGALAMAN HIDUPKU.. JEMPUTLAH KE SANA YE..

Khamis, 16 Disember 2010

Kubur

Kadang-kadang kita cukup rimas apabila ada juru jual yang tetiba memberi salam atau melaung-laung kita di luar pagar. Ada yang sekali kita cakap terus je blah.. Ada jugak yang dicakap berkali-kali..tidak jugak mahunya ... terus dipujuk-pujuknya kita. Macam mana tu ye..?  Barangkali orang tua di bawah ni cuba memberi kita idea kot..

Seorang lelaki yang sedang duduk-duduk di rumahnya didatangi oleh seorang wanita yang mahu mempromosikan alat-alat kecantikan.

Wanita : Boleh saya jumpa dengan isteri encik ?

Lelaki : Isteri saya tak ada di rumah..

Wanita : Hmm.. boleh saya tunggu dia sehingga dia balik ?

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala dan kemudian mempersilakan wanita tu duduk. Namun, selepas tiga jam menunggu, kelibat isteri itu masih belum kelihatan.

Wanita : Boleh saya tanya sikit, isteri encik sebenarnya pergi ke mana ?

Lelaki : Dia pergi kubur..

Wanita : Lamanya dia ke kubur. Agak-agak encik, bila dia balik ?

Lelaki : Entah. Saya sendiri pun  tak tahu.. Dah sepuluh tahun lebih dia kat sana.. (dengan muka paling 'cool')

Wanita : Adeihhhh...!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak suka layan salesman/salesgirl.. :)

Solihin Zubir berkata...

ahahaha.. sempoi giler.. amek! nk sgt tggu.. hehe..

toyolkiut berkata...

hehe..
macam2 kn..